Cart 0 0

Panduan Permohonan Kemasukan Persekolahan Tahun 1

Pendidikan



Ambilan 2019/2020 (secara online)

Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

Khas untuk anak-anak yang lahir antara:
Sesi 2019: 2 Januari 2012 - 1 Januari 2013
Sesi 2020: 2 Januari 2013 - 1 Januari 2014


Cara-cara pendaftaran secara online

Langkah 1

  • Kenal pasti sekolah yang ingin dipohon (di Semenanjung sahaja)
  • Kebiasaannya sekolah yang berhampiran dengan kawasan kediaman

Langkah 2

  • Lawati laman web ini:
    https://public.moe.gov.my
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan
  • Aplikasi pendaftaran ini hanya diaktifkan dalam tempoh terhad iaitu dari 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
  • Pastikan anda tidak terlepas tarikh ini!

Langkah 3

  • Cetak pengesahan permohonan yang diberikan setelah anda menghantar maklumat permohonan di laman web tadi
  • Hadir ke sekolah yang dipohon bersama-sama dokumen-dokumen berikut:
    • Borang pengesahan permohonan (yang dicetak dari laman web)
    • Sijil lahir/sijil anak angkat (asal & salinan)
    • Bil utiliti (TNB, air atau telefon) - asal & salinan
    • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (asal & salinan)
    • Surat nikah/surat cerai (salinan sahaja)
    • Surat hak penjagaan/perintah mahkamah (jikan berkaitan) - asal sahaja
    • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Langkah 4

  • Tunggu sahaja sehingga keputusan permohonan diumumkan.
    • Selangor, Putrajaya & Pulau Pinang:
      16 Julai 2018
    • Negeri-negeri lain:
      1 Ogos 2018
  • Buat semakan keputusan permohonan di laman web

 

Tips berguna:
1. Buat kajian terlebih dahulu sekolah yang ingin dipohon. Antara kriteria yang perlu diambil kira:
- Jarak sekolah dari kediaman
- Kaedah transportasi mereka, adakah bas sekolah atau anda sendiri menghantar/menjemput mereka
- Sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan atau sekolah integrasi
2. Anggarkan kos perbelanjaan harian mereka - penting untuk ibu bapa mula mengasingkan bajet untuk mereka.


Artikel Lama Artikel Baru


Delivery Partners: