Cart 0 0

Tips Memilih Pakaian Untuk Kanak-kanak

Fesyen

Kriteria yang perlu anda fikirkan sebelum memilih pakaian anak anda adalah kualiti pakaian tersebut. Ini kerana kebanyakkan kulit kanak-kanak kecil lebih sensitif disebabkan itu dalam memilih pakaian anda perlu memilih pakaian terbaik untuk mereka. Kain kapas merupakan bahan atau material yang baik dan sesuai untuk anak anda.

    Bagi memastikan keselamatan baju yang anda beli, anda perlu membasuh pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum anak anda memakai pakaian tersebut. Ia bagi mengelakkan si kecil anda daripada dijangkiti bahan-bahan melekat pada baju atau barangan lain yang mungkin menyebabkan rengsakan kulit anak-anak..

    Pilih pakaian yang sesuai dengan saiz anda adalah salah satu tips memilih pakaian untuk anak anda. Mungkin ketika membeli pakaian si kecil terdapat kesilapan dalam memilih saiz.. Oleh itu, pilihlah kedai atau penjual online yang menawarkan khidmat kembali atau menukar saiz pakaian supaya anda tidak membazir begitu sahaja.

    Pilihlah warna-warna yang terang dan ceria untuk si kecil anda lagi-lagi si puteri kesayangan mama dan papa. Antara warna cerah seperti biru, hijau, merah jambu dan unggu pastinya menjadi pilihan terbaik. Namun tidak salah untuk memilih warna lain seperti warna hitam yang memberi kesan manis kepada anak anda..

     

    Apabila anda memilih pakaian untuk anak lelaki anda pilihlah baju T bersama denim atau seluar yang diperbuat daripada kain kapas. Jika anda memilih baju yang berpetak dan berjalur pilihlah baju yang tidak mempunyai warna yang banyak.

    Baju kanak-kanak lebih menarik bila ia kelihatan comel apabila dipakai, bewarna cerah dan ringkas yang memperlihatkan kesan yang lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

    Sekiranya memilih baju yang bercorak bunga atau sebagainya pilihlah corak baju yang tidak melebihi 3 warna dan corak yang dipilih tidak terlalu besar.

    Cari atau beli baju yang mudah dibasuh dan diperbuat daripada fabrik yang selesa. Jika baju yang dipilih yang bewarna carilah baju yang tidak mudah luntur.

    Pilih saiz yang besar dalam membeli pakaian si kecil untuk memberikan keselesaan kepada mereka dan memberi pengaliran udara yang baik dan mampu mengelakkan ruam. 

    Bagi mengikuti fesyen terkini anda tidak perlu membazir membeli baju baru tetapi pelbagai gaya dan padankan kain serta warna yang berbeza.


      Artikel Baru



      🌀 Lihat koleksi kami di online store

      Koleksi kami



      Delivery Partners: