Cart 0 0

FAQ

Di sini soalan-soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan dikumpulkan. Semak sekiranya anda mempunyai persoalan yang sama.

 

Kineticcube ada buka belian secara borong tak?
Kami tidak buka belian borong. Kalau beli banyak pun harga sama mengikut harga yang dipaparkan di online store.

 

Saya berminat nak jual baju budak. Ada peluang dropship?
Buat masa ini kami tidak mengambil dropshipper baru. Sekiranya pengambilan ejen dropship dibuka, kami akan umumkan di page Facebook dan juga email.

 

Saya dah buat pembayaran secara 'Manual Cash Deposit' dan dah pun hantar bukti pembayaran melalui emel dan whatsapp, kenapa status order saya masih lagi 'pending'?
Pembayaran melalui 'Manual Cash Deposit' hanya disemak pada jam 10pagi dan 4petang setiap hari bekerja. Status order akan dikemaskini selepas semakan dibuat. Untuk status order 'real-time', anda digalakkan membuat pembayaran menggunakan 'Maybank2u Pay' atau 'MOLPay'.

 

Kenapa order saya dibatalkan?
Setiap order yang tidak lengkap dengan pembayaran akan dibatalkan secara automatik dalam masa 24jam selepas order dibuat. Ini bermakna item yang diorder dimasukkan kembali ke dalam stok kami dan terbuka untuk pembelian oleh pelanggan lain.

 

Apakah cara pembayaran yang paling digalakkan?
Bagi pengguna Maybank2u, kami menggalakkan anda membuat bayaran menggunakan aplikasi Maybank2u Pay yang disediakan, tiada caj tambahan dikenakan. Sebaliknya jika anda bukan pengguna Maybank2u, pilihan pembayaran yang terbaik adalah melalui 'MOLPay'. Baca panduan pilihan pembayaran

 

Saya dah tengok katalog, tapi saiz yang ada dalam list tak menentu..kenapa ye?

Saiz yang dipaparkan di dalam menu pilihan adalah saiz yang masih ada di dalam stok kami sahaja. Saiz yang sudah habis stok, tidak dipaparkan di dalam pilihan.


Apakah cutting untuk pakaian-pakaian yang ada di dalam katalog?
Semua cutting standard

 

Proses pembayaran yang saya buat melalui MOLPay kerap kali gagal. Apa sebabnya?
Sesetengah web browser mempunyai 'Popup Blocker'. Sekiranya pembayaran anda gagal disebabkan 'Popup blocker' ini, sila allow popup untuk laman Molpay & Kineticcube kemudian cuba lagi buat pembayaran.
Sekiranya masih lagi tidak berjaya, anda boleh memilih pilihan pembayaran lain seperti 'Maybank2u Pay' atau secara 'Manual Cash Deposit'. Nombor akaun Maybank dan CIMB diberikan.

 

Boleh tawar lagi harga tak?
Harga adalah tetap. Walaubagaimanapun kami kerap mengadakan promosi serta diskaun istimewa kepada pelanggan setia Kineticcube. Sentiasa lawati FB page kami untuk pengumuman promosi.

 

Berapa lama saya perlu tunggu parcel saya tiba?
Pengeposan dibuat setiap hari bekerja. Parcel biasanya diposkan sehari selepas pembayaran diterima (next day delivery). Dan kebiasaannya tiba di alamat pelanggan pada hari bekerja berikutnya. Nombor tracking akan diemelkan/sms secara automatik apabila parcel sedia untuk diposkan.
Contoh:
Kak Zila order melalui online store pada hari Isnin (lengkap dengan pembayaran). Parcel Kak Zila diposkan pada hari Selasa. Kak Zila menerima parcelnya pada hari Rabu.

 

Kenapa nombor tracking yang diberikan melalui emel tiada maklumat pengeposan?
Pihak courier kadang-kala lewat untuk mengemaskini maklumat pengeposan. Pelanggan digalakkan untuk menyemak nombor tracking 24 jam selepas menerimanya.

 

Saya dah terima parcel tetapi item yang saya tak order pun ada sekali dalam parcel. Kineticcube tersilap hantar ke?
Tidak, itu bermakna anda adalah pelanggan bertuah kami. Kami berikan hadiah percuma tanda terima kasih di atas sokongan anda :)

 

Saya terima voucher diskaun yang disertakan di dalam parcel saya. Tetapi voucher tu tak boleh digunakan. Kenapa ya?
Penggunaan voucher adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk di belakang kad voucher. Juga pastikan anda menebus voucher sebelum tarikh tamat tempoh voucher.

 

Setiap order mesti berikan alamat emel ke?
Ya. Emel wajib dimasukkan di ruang yang disediakan di checkout page. Pastikan emel yang dimasukkan adalah tepat kerana sistem kami akan menghantar nombor tracking secara automatik kepada anda melalui emel.
Kemaskini: Kini anda boleh memilih untuk menerima notifikasi melalui SMS dengan memberikan nombor telefon bimbit di akhir proses order.

 

Saya dah selamat terima parcel saya. Semua item yang saya order dalam keadaan baik dan saya sangat-sangat puas hati. Macam mana saya nak luahkan perasaan gembira saya dan anak-anak?
Anda boleh luahkan kegembiraan anda melalui ruangan Rating & Review. Komen serta cadangan anda sangat-sangat kami hargai :)
http://rating.kineticcube.com.my

 

Item di dalam katalog ini adalah preorder atau ready stock?
Semua item adalah 'ready-stock' kecuali dinyatakan sebaliknya pada tajuk dan keterangan item.

 

Ada jaminan penghantaran tak daripada Kineticcube? Saya risau kalau saya order tapi tak dapat parcel.
Kami guarantee yang parcel anda akan tiba selewat-lewatnya dalam 7 hari bekerja dalam keadaan baik. Sekiranya parcel tidak diterima dalam tempoh masa yang dijanjikan hubungi kami dan kami akan hantar semula secara percuma!

 

Macam mana kalau pakaian yang diterima, rosak atau koyak?
Pakaian yang diterima dalam keadaan rosak boleh dipulangkan semula & kami akan gantikan secara percuma!
Rujuk polisi pemulangan.

 

Order yang saya terima adalah betul tapi saya nak tukar design/saiz lain, boleh tak?
Tidak boleh. Pemulangan adalah untuk kes seperti kesilapan saiz atau design (order lain, tapi dapat design/saiz lain) serta kerosakan pakaian shj. Anda digalakkan untuk melihat design yang ada di katalog dengan teliti dan rujuk panduan ukuran saiz yang pada halaman maklumat produk sebelum membuat order bagi mengelakkan kesilapan saiz.


Delivery Partners: