Cart 0 0

Persediaan Sebelum Anak-anak Masuk Tidur

Parenting

Seperti yang kebanyakan ibu bapa tahu, tidur sangat penting bagi anak-anak terutamanya semasa tempoh awal perkembangan kanak-kanak.

Ini dapat merangsang proses tumbesaran, kecergasan badan dan perkembangan minda mereka. Bila mereka dapat tidur yang cukup, ia akan memberi kesan psikologi positif seperti lebih aktif bermain, lebih fokus, kreatif dan lebih bijak! 

Di sini ingin kami kongsikan beberapa tips berguna bagi persiapan sebelum anak-anak masuk tidur yang boleh anak anda praktiskan.

 

1. Tidur lebih awal dan mengikut waktu yang konsisten

Galakkan anak-anak lebih aktif dan beriadah pada sebelah siang supaya mereka dapat tidur lebih awal bila malam. Jika anak biasa tidur pukul 9.30 malam, pastikan mereka konsisten dengan waktu tidur mereka itu.

 

2. Jauhkan gajet atau peralatan eloktronik daripada tempat tidur

Elakkan mereka bermain permainan komputer atau gajet pada waktu malam. Anda perlu letakkan peralatan seperti itu jauh daripada anak setiap kali mereka masuk bilik.

 

3.  Suasana bilik tidur

Pastikan bilik dan tempat tidur anak bersih. Lebih baik kalau bilik mereka dihias dengan dekorasi yang dapat merangsang suasana tenang untuk mereka. Pasangkan lampu yang samar-samar terang sekiranya mereka takut tidur dalam keadaan gelap.

 

4. Bersihkan diri

Gosok gigi supaya sisa-sisa makanan yang lekat ketika makan malam dapat dibersihkan. Cuci muka dengan air suam serta basuh kaki. 

 

5. Pakaian tidur yang bersesuaian

Pakaian yang bersih dan bersesuaian memberikan keselesaan kepada mereka semasa tidur. Elakkan pakaian yang tebal ketika musim panas dan berikan pakaian yang dapat memberikan kehangatan bila musim hujan atau sejuk. Pakaian seperti pijamas kanak-kanak yang ringan dan diperbuat daripada material kapas adalah yang terbaik!

 

6. Keselamatan mereka

Periksa tingkap ditutup bagi mengelakkan nyamuk atau serangga masuk ke bilik mereka. Pastikan soket elektrik yang tidak digunakan, ditutup. Elakkan penggunaan lilin atau ubat nyamuk lingkaran (mosquito coil).


Artikel Lama Artikel Baru



🌀 Lihat koleksi kami di online store

Koleksi kami



Delivery Partners: