Cart 0 0

16 Tips Berguna Ketika Naik Kapal Terbang Bersama Anak Kecil

Travel

Menaiki kapal terbang bersama-sama anak kecil sering kali mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika itu merupakan pertama kali anak kecil dibawa menaiki kapal terbang. Tahu tak, jika ibu mengaplikasikan cara atau tips naik kapal terbang bersama anak kecil ini, ia boleh memberi impak yang besar samada anak meragam atau tidak.

 


Untuk mengelakkan situasi tidak seronok ketika di dalam penerbangan, ibu boleh membuat persediaan awal agar perjalanan ibu menjadi lancar disamping memberikan anak pengalaman seronok menaiki kapal terbang. Jom kita lihat apa tips yang mungkin boleh membantu ibu;

  1. Beli atau pilih tempat duduk di barisan paling hadapan kerana ia mempunyai ruang kaki yang luas.
  2. Datang ke lapangan terbang lebih awal. Sebaiknya dua jam lebih awal untuk proses daftar diri dengan tenang.
  3. Beli mainan baru ketika di lapangan terbang. Ini akan memberikan anak anda mood yang ceria.
  4. Sediakan buku mewarna dan crayon atau pencil warna dan masukkan ke dalam beg anak yang akan dibawa ke dalam kapal.
  5. Sediakan snek yang sihat. Makanan atau minuman manis akan membuatkan anak anda menjadi hiperaktif, risau tak duduk diam pula nanti. Jadi, pilihlah snek yang sihat dan mengenyangkan.
  6. Bawa air kosong. Penerbangan yang panjang memang menjadikan tekak kering.
  7. Bawa anak ke tandas sebelum berlepas atau tukar lampin pakai buang bayi agar si comel selesa.
  8. Susukan anak atau berikan puting tiruan ketika berlepas dan mendarat. Ini boleh mengelakkan anak menangis kerana sakit telinga yang disebabkan oleh perubahan tekanan yang mendadak.
  9. Bawa baju lebih yang mungkin berguna jika tertumpah air atau makanan, atau jika anak terkencing.
  10. Sediakan buku sticker yang boleh membuatkan anak kecil leka seketika.
  11. Jangan lupa bawa selimut atau pakaikan anak anda dengan baju sejuk dan seluar panjang. Suhu di dalam kapal terbang selalunya sejuk yang amat.
  12. Jika anda benarkan anak anda bermain tablet atau ipad, bawalah ia bersama-sama untuk mengelakkan anak bosan dan mula meragam.
  13. Jika anak anda mempunyai mainan kegemaran, bawalah ia bersama. Ia mungkin boleh membuatkan anak anda tenang disepanjang perjalanan.
  14. Bawa buku cerita atau flash card.
  15. Dengarlah rintihan anak. Berikan sepenuh perhatian kepadanya. Jangan tidur dan biarkan anak bermain sendiri.
  16. Akhir sekali, setkan di dalam minda agar ibu perlu sentiasa tenang. Jika anda tenang, anak pun akan tenang. Percayalah!


Diharap cara atau tips menaiki kapal terbang bersama anak kecil ini boleh memberi ibu sedikit sebanyak idea untuk memastikan penerbangan anda sekeluarga memberikan pengalaman yang berharga buat anda dan si comel.


Sumber:
Aya Chalo
Parenting From The Heart


Tengoklah betapa happy nya si cilik anda bila travel dengan kapal terbang. Terutama yang pertama kali naik kapal terbang.. macam dalam video ni :)
#happykidshappyparents #positivevibes #kineticcube




Artikel Lama Artikel Baru



🌀 Lihat koleksi kami di online store

Koleksi kami



Delivery Partners: